BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK UPSR
Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan sepanjang 2 kali setiap hari Jumaat berturut-turut, iaitu pada 24 Julai dan 31 Julai 2009. Penghargaan yang tidak terhingga kepada Puan Natrah Binti Hanafi, penanda Kertas Soalan Matematik UPSR, berpengalaman mengajar Matematik lebih daripada 20 tahun dan sangat komited dalam tugas-tugas mendidik murid. Jutaan terima kasih diucapkan kerana beliau sudi melapangkan masa serta mencurahkan tenaga memberikan input-input yang sangat berguna untuk murid-murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi UPSR yang lebih kurang 30 hari lagi.
Ucapan terima kasih juga kepada semua guru yang sama-sama menjayakan bengkel ini.
Doa kami warga SKKL agar calon-calon UPSR tahun ini mencapai target lulus 100%!
Labels: PECUTAN 100 HARI UPSR
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home