IMBASAN SEJARAH...
SK Kongkong Laut pada dasarnya dimulakan dari sekolah pondok pada awal 1960an. Tapak sekarang kini terdiri daripada bangunan asal Blok A, Bangunan tambahan B. Bangunan Blok B ( Kantin. Bilik Sumber & media, Perpustakaan ) dan satu Bangunan Surau.
Guru Besar yang pertama, En. Sulaiman Bin Ahmad menerajui pucuk pimpinan selama 2 tahun. Sehingga kini 14 orang guru besar telah bertukar ganti.
Kini pucuk pimpinan SK kongkong Laut di bawah naungan En. basir Bin Hj Konit.
Beliau sangat peka pada keceriaan sekolah di samping mementingkan kecemerlangan akademik dan sahsaih murid. Seramai 16 orang guru dan 3 orang staf sangat serasi. Murid-murid yang hanya seramai 150 orang menjadikan sekolah sentiasa damai dan tenteram. Kedudukan sekolah terletak di atas bukit sungguh menenangkan.
Murid-murid sekolah adalah gabungan anak-anak tempatan kampung Kongkong Laut, kampung Sungai latoh dan dua kawasan lain yang agak jauh dari kampung Kongkong Lauut iaitu ladang Keck seng dan kampung Sungai Penderam. Oleh itu bilangan murid sentiasa berubah-ubah disebabkan pertukaran keluarga di Ladang keck Seng.