KEPUTUSAN UPSR 2009
STRAIGHT A'S MASIH KEKAL...
Tanggal 19hb Nov adalah detik paling mendebarkan semua calon UPSR 2009. Warga SK Kongkong Laut juga tidak terkecuali. Namun, tepat jam 9.55 pagi keputusan UPSR telah berada di tangan GPK Kurikulum SK Kongkong Laut, En. Mohamed Bin Samad. Beliau telah mewakili Guru Besar, En. Basir Bin Konit untuk mengambil keputusan UPSR tahun ini di PPD Pasir Gudang.
Syukur alhamdulillah, peratus keseluruhan keputusan UPSR SK Kongkong Laut meningkat 9% menjadi 76% tahun ini. SK Kongkong Laut juga masih mengekalkan calon "STRAIGHT A'S". Walaupun target sebenar SK Kongkong Laut adalah 3 orang 5A, keputusan yang diterima kali ini masih boleh dibanggakan memandangkan calon UPSR tahun ini hanya 16 orang murid. Insya Allah, pelbagai usaha akan dilaksanakan demi merealisasikan target sekolah.
Seperti yang telah dijanjikan oleh Guru Besar SK Kongkong Laut, sesiapa yang mendapat keputusan STRAIGHT A'S akan menerima hadiah istimewa daripada beliau. Dan pada pagi ini, 20hb Nov 2009, selepas program bacaan yassin, beliau telah menyampaikan hadiah tersebut kepada adik Nur Hamiza Binti Hamzah. Tahniah diucapkan.
Hadiah ini disampaikan di hadapan semua murid agar menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun-tahun akan datang.
Labels: PENCAPAIAN SEKOLAH
1 Comments:
harap2 tahun depan masih kekal 5A..
de rezeki bertambah lagik!
November 20, 2009 at 7:03 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home