JBA1018 : SK KONGKONG LAUT 81760, MASAI, JOHOR. Tel/Fax : 07-2551369

Saturday, August 8, 2009

TEMPAT KETIGA KARNIVAL KIA2M!!!


Peserta-peserta Karnival KIA2M. Saguhati kepada yang terlibat. James, Shahrulnizam, Noor Syarifah.

TAHNIAH...

Pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009 telah berlangsung Karnival KIA2M di SK Pasir Gudang 4. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah Pertandingan Bentuk Saya, Pertandingan Di Mana Saya, Pertandingan Suku Kata, Pertandingan Silang Kata dan Pertandingan Siapa Saya.
Penyelaras KIA2M SK Kongkong Laut, Puan Roziah Binti Khamis telah mengiringi 3 orang murid yang sama-sama menjayakan karnival tersebut. Mereka yang terlibat ialah adik Noor Syarifah, adik James dan adik Mohd Sharulnizam.

Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Sharulnizam kerana telah memenangi tempat KETIGA bagi Pertandingan Suku Kata. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh Encik Baharudin Bin Ismail, PPD Bahasa. Beliau juga telah mewakili Tuan PPD bagi menutup rasmi Karnival KIA2M itu sebelum slot penyampaian hadiah.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home