SOLAT PERDANA UPSR 2009
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Tanggal 13 Ogos 2009 adalah Program Solat Hajat Perdana UPSR 2009 yang telah berlangsung di Masjid Jamek Kampung Kongkong Laut. Slot solat hajat berjemaah dan bacaan surah Yassin telah diketuai oleh Tuan Imam Bujang Bin Awang Chik.
Sebelum slot itu, sekolah telah menjalankan 3 kali Program Solat Hajat di sekolah. Slot Solat Hajat Pertama dijalankan pada hari Isnin 23 Jun 2009, solat hajat kedua dijalankan pada hari Selasa 14 Julai 2009 dan solat hajat ketiga pada hari Rabu 24 Julai 2009.
Program seumpama ini adalah julung kalinya diadakan di SK Longkong Laut. Aktiviti susulan selepas Solat Hajat Perdana ini ialah slot solat hajat setiap pagi hari Jumaat sebelum bacaan yassin di kalangan guru-guru dan murid-murid tahun 6 sahaja. Ibubapa yang mempunyai kelapangan juga dipersilakan hadir.
Labels: AKTIVITI SEKOLAH
1 Comments:
selepa berusaha, jgn lupa panjatkan doa dari-Nya..
November 24, 2009 at 10:36 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home