program RIMUP SK Kongkong Laut
Tanggal 6 November 2009 merupakan tarikh berlangsungnya Program RIMUP di SK Kongkong Laut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Mewarna Pakaian Tradisional Pelbagai Bangsa Kategori Tahap 1, Pertandingan Menganyam Ketupat Kategori Tahap 1 dan Tahap 2 serta Pertandingan Nyanyian Lagu Raya Kategori Tahap 1 dan Tahap 2. Terdapat juga slot Kuiz Terbuka yang dijalankan sebelum sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
Program yang berlangsung hampir tiga jam ini diharap dapat memberikan banyak maklumat berkaitan sambutan perayaan bagi bangsa-bangsa di Malaysia.
Labels: AKTIVITI SEKOLAH
1 Comments:
walaupon 3 jam je majlis berlangsung, dapat gak mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian...
lentok habis dengo lagu raya!
November 24, 2009 at 9:11 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home