JBA1018 : SK KONGKONG LAUT 81760, MASAI, JOHOR. Tel/Fax : 07-2551369

Monday, November 23, 2009

CUTI AKHIR SEMESTER 2009 BERMULA


CUTI... CUTI...CUTI...

Hari ini semua murid SK Kongkong Laut serta murid-murid satu nagara Malaysia telah mula bercuti. Namun bagi murid-murid Tahun 5 yang bakal menduduki UPSR tahun 2010 diwajibkan menghadiri 4 hari kelas tambahan PRA-UPSR. Program ini memang telah menjadi aktivi tahunan sekolah. Kelas tambahan ini dilaksanakan oleh guru-guru yang terlibat mengikut jadual bertugas di sekolah.

Kepada semua guru-guru yang balik ke kampung halaman, selamat bercuti panjang dan berhati-hati di jalan raya.

Kepada guru-guru yang masih bertugas, selamat menjalankan tugas dengan cemerlang...

Kepada semua warga pendidik, SALAM 1 MALAYSIA!
; SELAMAT BERCUTI....

Labels:

Friday, November 20, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009



STRAIGHT A'S MASIH KEKAL...

Tanggal 19hb Nov adalah detik paling mendebarkan semua calon UPSR 2009. Warga SK Kongkong Laut juga tidak terkecuali. Namun, tepat jam 9.55 pagi keputusan UPSR telah berada di tangan GPK Kurikulum SK Kongkong Laut, En. Mohamed Bin Samad. Beliau telah mewakili Guru Besar, En. Basir Bin Konit untuk mengambil keputusan UPSR tahun ini di PPD Pasir Gudang.

Syukur alhamdulillah, peratus keseluruhan keputusan UPSR SK Kongkong Laut meningkat 9% menjadi 76% tahun ini. SK Kongkong Laut juga masih mengekalkan calon "STRAIGHT A'S". Walaupun target sebenar SK Kongkong Laut adalah 3 orang 5A, keputusan yang diterima kali ini masih boleh dibanggakan memandangkan calon UPSR tahun ini hanya 16 orang murid. Insya Allah, pelbagai usaha akan dilaksanakan demi merealisasikan target sekolah.

Seperti yang telah dijanjikan oleh Guru Besar SK Kongkong Laut, sesiapa yang mendapat keputusan STRAIGHT A'S akan menerima hadiah istimewa daripada beliau. Dan pada pagi ini, 20hb Nov 2009, selepas program bacaan yassin, beliau telah menyampaikan hadiah tersebut kepada adik Nur Hamiza Binti Hamzah. Tahniah diucapkan.

Hadiah ini disampaikan di hadapan semua murid agar menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun-tahun akan datang.

Labels:

Tuesday, November 17, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKKL 2009






SYABAS SKKL....

SK Kongkong laut telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini, 17hb November 2009. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Kongkong Laut, En. Mohd nafis Bin Ali. Awal majlis dimurnikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Zukri Bin Md Yusof, Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Kongkong Laut.

Dalam ucaptama Guru Besar SK Kongkong Laut, En. Basir Bin Hj Konit, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Pesan beliau agar murid-murid meneruskan usaha demi meraih kecemerlangan yang seterusnya pada masa-masa akan datang. bagi murid-murid yang kurang berjaya, jadikan murid-murid yang berjaya pada hari ini sebagai pendorong.

En. Mohd Nafis juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar dan jawatankuasa majlis. Beliau berharap, semua murid di SK Kongkong Laut akan lebih giat berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupon kokurikulum.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil turut diselangselikan dengan persembahan tarian melayu dari murid-murid tahun 5, persembakan Hul la Hup dari murid-murid Prasekolah dan murid-murid tahun 1 serta persembahan boria dari muird tahun 3.

tahniah diucapkan kepada murid-murid yang cemerlang dan telah menerima hadia sserta sijil pada hari ini.

Labels:

Friday, November 6, 2009

program RIMUP SK Kongkong Laut

Tanggal 6 November 2009 merupakan tarikh berlangsungnya Program RIMUP di SK Kongkong Laut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Mewarna Pakaian Tradisional Pelbagai Bangsa Kategori Tahap 1, Pertandingan Menganyam Ketupat Kategori Tahap 1 dan Tahap 2 serta Pertandingan Nyanyian Lagu Raya Kategori Tahap 1 dan Tahap 2. Terdapat juga slot Kuiz Terbuka yang dijalankan sebelum sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.

Program yang berlangsung hampir tiga jam ini diharap dapat memberikan banyak maklumat berkaitan sambutan perayaan bagi bangsa-bangsa di Malaysia.






Labels:

Sunday, November 1, 2009

KHIDMAT MASYARAKAT AHLI PUTERI ISLAM DI KG.SENIBONG
















Pada hari Sabtu 31 Oktober 2009, seramai 4 orang ahli puteri islam SK Kongkong Laut telah mengikuti Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh Persatuan Puteri Islam Daerah Pasir Gudang. Aktiviti yang bermula jam 8.00 pagi di Kampung Senibong tamat tepat pukul 12.00 tengahari. Semua peserta dibekalkan dengan kelengkapan gotong royong yang sepatutnya. Sikap saling bekerjasama di kalangan ahli puteri islam dari sekolah-sekolah lain meringankan kerja-kerja yang dilakukan. Semoga aktiviti seumpama ini akan dilaksanakan lagi untuk masa-masa yang akan datang.

Labels: