JBA1018 : SK KONGKONG LAUT 81760, MASAI, JOHOR. Tel/Fax : 07-2551369

Saturday, December 26, 2009

THE NEW FACE OF SKKL 2010 IN COMING...

Banyak Yang Telah Berubah

SKKL 2006



SKKL 2007



SKKL 2008



SKKL 2009



SKKL 2010

COMING SOOOOOOOOON!

Labels:

Thursday, December 24, 2009

TAHUN BARU..SEMUA BARU..

SUME TURUN PADANG..






membaikpulih pagar di belakang sekolah













membersihkan longkang kawasan luar sekolah









mencantikkan rumput landskap sekolah







mengecat semula pondok jaga sekolah












membersihkan bilik darjah





membersihkan persekitaran surau sekolah



membersihkan tapak pelupusan sampah sarap



membersihkan longkang sekitar sekolah



membersihkan kawasan hadapan pintu masuk sekolah




mengecat dinding belakang sekolah









mengecat dinding belakang kelas Tahun 6











membuat jalur kuning di hadapan pagar pintu masuk sekolah


Sepanjang cuti akhir semester ini, banyak kerja-kerja penambahbaikan bangunan sekolah telah dijalankan. Antaranya ialah penggantian atap sekolah yang baru, menambahbaik sistem pendawaian sekolah, mengecat semula sebahagian bahagian bangunan dan membaikpulih keadaan makmal komputer sekolah yang baru diubahsuai.

Sebelum cuti persekolahan bermula, sebahagian murid dan guru-guru juga telah sama-sama turun padang untuk membersihkan persekitaran sekolah. kakitangan sekolah juga bermandi peluh demi menceriakan kawasan sekolah. Semangat kerjasama dan saling tolong menolong yang diamalkan oleh warga SKKL seharusnya diteruskan untuk pedoman generasi yang akan datang.


BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING..

Labels:

Saturday, December 19, 2009

LINUS 2010

Literasi dan Numerasi (LINUS).

Perihal Program:

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Matlamat :

Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendahmenjelang 2012.
Literasi = celik huruf
Numerasi = celik nombor

Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis)
Definisi Literasi

Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .

Objektif

Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir
program Pencapaian Literasi , murid dapat :

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup.
ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran
Iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan
ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata
hubung “dan'

Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan
menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis,guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

Labels: