AMBANG DETIK KEMERDEKAAN....
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
Sempena sambutan Bulan Kemerdakaan 2009, SK Kongkong Laut telah merancangkan beberapa aktiviti. Di antaranya ialah Pertandingan Mencipta Sajak Kemerdekaan, Pertandinagn Puzzle dan Pertandingan Keceriaan Kelas bertemakan Kemerdaakaan.
Bagi menhidupkan suasana sambutan Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Melukis Poster bagi murid-murd Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna bagi murid-murid Tahap 1 telah dijalankan pada hari ini. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat patritisme dan kecintaan kepada negara Malaysia tercinta.
Majlis perasmian sambutan Bulan Kemerdekaan akan berlangsung pada hari Isnin, 17 Ogos 2009. Encik Basir Bin Hj Konit, Guru Besar SK Kongkong Laut akan merasmikan majlis tersebut. Penceramah jemputan yang dijemput khas dari kalangan penduduk veteren di dalam Kampung Sungai Latoh diharap dapat menyuntik semangat murid-murid supaya cintakan negara.
Labels: AKTIVITI SEKOLAH